Saturday, May 19, 2007

Apa yang kau cari di sini?

**(terilham selepas habis membaca novel Mohja Kahf The girl in the tangerine scarf -- dengan sedikit pengubah-suaian)

Di kota terbuang ini
ulat-ulat hijau berterbangan
ditiup angin kencang

bertanya
apa yang kau cari di sini?

di kiri kau novel Mohja
bercerita konflik diri
sebagai muslim di daerah tersisih
bercerita bagaimana dia harus tabah mempertahankan
tradisi
kerana itu didikan ibubapa yang sering berkata,
"jangan malu jika orang memerhati kita
sembahyang di tepi jalan
atau mengambil wudhu', membasuh kaki di sinki Sears
atau Macy"

di hari budak-budak skinhead menarik tudungnya
mencarik-carikkannya
tiada seorang guru yang membantu
mengatakan ini tidak mungkin di sebuah negara
demokrasi
di mana kebebasan beragama adalah perlembagaan

di hari budak-budak Saudi mempersendakan tudungnya
sambil meraba kewanitaannya
di dalam limo mewah di pinggir padang pasir
sambil berkata,"tidakkan kau tidak biasa bercumbu
dengan lelaki? Mengapa kau bertudung.Ini bukan
cara Amerika"
dia memekik sekuat hatinya

"AKU MAHU PULANG!!!!"
Di Amerika mereka menghina
tetapi tidak mencabul kehormatan wanitaku.

Apa yang kau cari di sini?

Di kanan kau seorang anak remaja
bertungkus lumus menghadapi periksa
menangis terisak-isak
kerana tiada siapa di sisi untuk mengadu

apa yang kau cari di sini?

0 comments: