Saturday, May 19, 2007

Beeplah saya!

Beeplah saya sekiranya saya lupa nak kemaskinikan blog ini
Maklum sahaja saya ini hamba sahaya
Di sebuah negara yang merdeka


Beeplah saya
sekiranya saya terlupa
untuk menulis tentang apa saja
yang berlaku di sekitar kita

Semalam saya di Port Dickson
bersama teman-teman penulis nasional
saya tersepit di tengah-tengah bijak pandai Malaysia
yang datangnya dari merata-rata
dari Macang hingga ke Vienna
Hamburg tak kurang jua
ijazah yang berjela saya bawa dari New Zealand, England dan Australia (dah saya kata 'berjela')
tidak bererti apa-apa
saya bawa kisah Da Vinci Code mereka tanya mana kisah klasik lama-lama
saya kata belum sempat baca kerana saya sarjana 'muda'
eleh! mengada-ngada

tetapi beeplah saya
jika saya terlupa
membawa wacana yang lebih besar dan bermakna
untuk terus memerdekakan kita

0 comments: