Tuesday, May 29, 2007

Was WTC



Di sinilah berdiri megah
dua menara kembar

yang hanya dengan sekelip mata
jatuh menyembah bumi


ku bayangkan saat-saat akhir kematian seorang anak,
isteri, suami,CEO, kerani, pencuci lantai,
penjaga lift,pelawat dan orang yang tidak harus
berada di situ
mengapai-apai nyawa
tolong! bantu!
dosa apakah ini?

hari ini tinggal ruang
yang sepi
seperti labah-labah
mengganti rumah
kren ini penghias
sudah 6 tahun ia di situ


bolehkah New York lupa
sekiranya ruang ini diisi semula?

0 comments: